Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

19 Ogo 2025

Strategi

Apa itu Pola Three Black Crows?

Dalam artikel ini

Pola Candlestick Three Black Crows

Sebaris tiga candlestick merah dan panjang yang muncul secara mendadak boleh mengubah sentimen trader dari tenang menjadi berhati-hati. Pola Three Black Crows biasanya muncul selepas satu kenaikan tajam. Setiap candlestick dibuka dalam badan candlestick terdahulu dan ditutup berhampiran paras terendahnya, menunjukkan jualan berlaku secara berterusan. Apabila pola ini muncul, pembeli akan kehilangan dominasi, dan kemerosotan yang lebih jauh mungkin akan menyusul.

Apa itu pola candlestick Three Black Crows?

Pola Three Black Crows adalah isyarat penyongsangan bearish yang terdiri daripada tiga candlestick bearish berturut-turut. Ia adalah lawan kepada Tiga Tentera Putih, yang menandakan kekuatan bullish. Setiap candlestick dibuka di dalam badan candlestick sebelumnya dan kemudian ditutup berhampiran paras terendahnya, membentuk tangga yang jelas menuju ke bawah. Struktur itu biasanya terbentuk di puncak trend menaik atau berhampiran zon rintangan utama. Para penjual muncul beramai-ramai, menekan harga turun sesi demi sesi.

Oleh kerana candlestick ditutup berhampiran paras terendahnya, pembeli gagal menolak harga naik pada akhir setiap tempoh. Tekanan yang berterusan ini menandakan bahawa sentimen sedang berubah. Trader mencari kehadiran pola ini pada paras tertinggi swing atau selepas rali yang panjang, di mana ia sering memberi amaran tentang peralihan dari permintaan ke penawaran. Cari tanda yang jelas pada carta: badan candlestick yang panjang, bayang-bayang bawah yang sangat kontot, dan tiga penutupan pada harga yang jelas lebih rendah . Ciri-ciri ini membuktikan bahawa penjual akan menguasai beberapa sesi, bukan hanya satu pergerakan singkat sahaja.

Carta harian atau empat jam memberikan pola ini lebih berat berbanding carta jangka pendek. Pada banyak platform trading, candlestick-candlestick ini muncul berwarna merah, bukannya hitam, tetapi isyaratnya kekal sama. Peningkatan volum atau penurunan RSI ke sebelah bawah paras lima puluh menawarkan bukti tambahan bahawa trend menurun baru mempunyai ruang untuk melanjutkan penerusan.

Apa itu pola candlestick Three Black Crows?

Ciri-ciri utama: merungkai pola

Untuk dikira sebagai Three Black Crows yang sebenar, pola ini mesti mempunyai tiga candlestick bearish berturut-turut. Setiap candlestick mesti dibuka di dalam badan sebenar candlestick sebelumnya dan kemudian ditutup lebih rendah, idealnya berhampiran paras terendahnya. Bayang bawah haruslah kecil atau tiada, membuktikan bahawa penjual mendominasi sepanjang tempoh berkenaan.

Pola ini paling andal (reliable) apabila ia terbentuk selepas satu rali menaik yang jelas atau rali terlebih beli. Ia dikira lebih penting lagi jika ia muncul di kawasan rintangan atau selepas satu penembusan yang gagal. Kenaikan volum semasa tiga candlestick itu muncul menambah bukti tambahan mengenai penjualan yang kuat. RSI yang menunjukkan capahan (divergence) bearish atau jatuh ke sebelah bawah 50 menguatkan isyarat tersebut.

Badan candlestick yang panjang menunjukkan kekuatan jualan yang kukuh, manakala badan yang sangat pendek menunjukkan keraguan. Jika candlestick ketiga jauh lebih pendek daripada dua candlestick pertama, Momentum mungkin semakin lemah dan pola tersebut mungkin hilang keandalannya. Semak konteksnya: rintangan yang kuat, peningkatan volum, dan alat momentum semuanya menjadikan formasi ini lebih wajar dipercayai.

Signifikan bearish: mengapa ia menandakan penyongsangan

Tiga Gagak Hitam memberitahu para trader bahawa pembeli tidak lagi menguasai. Bull cuba meneruskan kenaikan harga tetapi gagal tiga sesi berturut-turut. Setiap penutupan yang lebih rendah menunjukkan keyakinan yang semakin meningkat dalam kalangan penjual.

Apabila pola muncul berhampiran aras rintangan utama atau garisan trend utama, ia boleh menarik dana yang lebih besar yang melihat perubahan ini sejak awal. Formasi ini membuktikan bahawa momentum bearish adalah umum, bukan hanya berdasarkan satu candlestick. Rantaian penutupan yang semakin merendah secara berterusan sering menandakan permulaan pembetulan yang lebih mendalam.

Trader mentafsir pola ini sebagai satu bukti bahawa pembeli sedang didominasi, volum sedang beralih, dan trend menurun mungkin bermula atau trend menaik mungkin akan menjeda seketika. Signal ini bertindak sebagai amaran awal sebelum indikator membalik sepenuhnya.

Mengapa ini penting:

  • Amaran awal. Pola ini boleh menunjukkan pelemahan sebelum alat lain menunjukkan tanda-tanda bearish.

  • Pengesahan volum. Volum yang lebih tinggi merentasi tiga candlestick menyokong penjualan sebenar, bukan aktviti mengambil keuntungan.

  • Kejelasan risiko. Tinggi candlstick pertama menetapkan tempat yang jelas untuk renti rugi.

  • Perancangan sasaran. Trader boleh mensasarkan zon sokongan seterusnya atau pengunduran Fibonacci (Fibonacci retracement) untuk sasaran keuntungan.

Cara untuk trade dengan pola ini

Untuk trade dengan Three Black Crows, anggap langkah-langkah di bawah sebagai satu senarai semak (checklist).

Fahami konteks terlebih dahulu

Pastikan harga telah naik atau bergerak naik dengan mendadak sebelum pola terbentuk. Cari rintangan utama, nombor bulat, atau RSI terlebih beli di atas tujuh puluh. Pola yang muncul di tengah-tengah julat kurang boleh dipercayai.

Semak volum

Pastikan volum meningkat dari candlestick pertama hingga ke candlestick ketiga. Volum yang meningkat menunjukkan tekanan penjualan sebenar. Jika isipadu kekal rata atau jatuh, pergerakan itu mungkin kurang kekuatan dan akan pudar dengan cepat.

Alat pengesahan

Tambah satu lagi alat untuk mengesahkan peralihan trend. Kedua-dua penurunan RSI ke sebelah bawah lima puluh atau persilangan bearish MACD menyokong corak ini. Alat-alat ini membantu menyaring signal-isyarat yang lemah.

Idea untuk entri

Pilih gaya entri yang sepadan dengan toleransi risiko anda.

  • Entri yang agresif. Short pada penutupan candlestick ketiga apabila kedua-dua volum dan alat momentum mengesahkan peralihan.

  • Entri yang agresif. Tunggu sehingga harga menembus ke sebelah bawah paras terendah candlestick ketiga untuk membuktikan follow through.

  • Entri dengan pullback. Biarkan harga kembali ke titik tengah candlestick ketiga dan buka entri short hanya jika ia berhenti atau menolak aras tersebut.

Stop dan sasaran

Rancang jalan keluar anda sebelum anda mengklik butang.

  • Renti Rugi (Stop Loss). Letakkan renti rugi tepat di atas paras tertinggi candlestick pertama untuk menghadkan risiko bagi pola yang gagal.

  • Ambilan untung (take profit). Sasarkan zon sokongan terdekat terlebih dahulu atau pengunduran Fibonacci 0.618 bagi kenaikan sebelumnya. Nisbah risiko melawan ganjaran yang ditetapkan sebanyak 1:2 juga memastikan pelan kekal jelas.

  • Peraturan untuk trailing stop. Selepas harga bergerak dengan jarak yang sama dengan risiko awal anda, iaitu, ia naik dengan jarak yang sama seperti jumlah kerugian yang anda sedia tanggung, menggerakkan renti rugi ke titik pulang modal (harga masuk anda) atau mengekorinya (trail it) di atas setiap paras tertinggi baru yang lebih rendah untuk mengunci keuntungan.

Saringan tambahan

Elakkan daripada trade dengan setup ini sebelum berita utama kerana spread boleh melebar. Abaikan sesi-sesi yang sepi seperti pada awal pembukaan sesi Asia. Rekod log urusniaga untuk mengetahui gaya entri anda dan penyaring yang paling sesuai untuk anda.

Contoh pola dalam carta sebenar

Contoh pola dalam carta sebenar

Untuk melihat pola ini beraksi, lihat carta empat jam USDJPY baru-baru ini. Harga telah naik selama beberapa hari dan terhenti berhampiran nombor bulat. RSI bergerak naik melepasi 70, menunjukkan pasaran sudah terlebih beli. Kemudian tiga candlestick bearish panjang muncul, masing-masing ditutup semakin rendah dengan hampir tiada sumbu.

Pengunduran Fibonacci daripada 142.356 sehingga 148.652 menunjukkan aras 0.618 berhampiran 144.761. Peningkatan volum merentasi tiga candlestick itu mengesahkan penjualan sebenar. Apabila RSI merosot ke bawah 70, satu urusniaga short dibuka pada permulaan candlestick seterusnya. Renti rugi diletakkan di atas 148.652, di bahagian atas pola.

Dua sesi kemudian, harga menyentuh 144.761, memberikan hasil yang selari dengan nisbah ganjaran:risiko satu melawan dua dengan jelas. Setup ini menggabungkan RSI yang sudah terlebih beli, beberapa candlestick merah yang kuat, volum yang meningkat, dan penjajaran Fibonacci untuk urusniaga yang jelas.

Keterbatasan dan perangkap yang perlu diawasi

Three Black Crows adakalanya mengelirukan dalam pasaran bervolum rendah atau yang perlahan. Pola ini boleh muncul ketika harga melakukan pullback singkat di dalam trend menaik yang lebih besar dan gagal tidak lama selepas itu. Jika pasaran tidak begitu aktif, penjual mungkin tidak mempunyai daya yang cukup untuk menekan harga lebih rendah. Berita yang tidak diduga juga boleh mematikan pola ini beberapa minit selepas ia terbentuk.

Tanda-tanda amaran tambahan termasuk RSI yang berada di atas tujuh puluh, bayang-bayang bawah yang panjang, atau badan candlestick yang sangat kecil. Ciri-ciri ini menunjukkan bahawa tekanan jual adalah lemah. Elakkan trading hanya dengan mengandalkan setup ini semata-mata. Sentiasa semak trend rangka masa yang lebih tinggi, sahkan dengan alat volum dan momentum, dan tandakan aras-aras sokongan atau rintangan terdekat.

Semak bila data-data utama diumumkan dan abaikan pola ini pada musim cuti atau urusniaga semalaman yang tipis. Dengan menambah saringan-saringan ini, trader melindungi diri mereka daripada signal palsu dan mengurangkan kebarangkalian membuka urusniaga yang berpatah balik dengan cepat.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play
store iconstore icon
Dapatkan MT4 di
App Store
store iconstore icon
Dapatkan MT5 di
App Store

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: The Bentley, #16 Cor A Street & Princess Margaret Drive, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.