FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

21 Jul 2025

Asas

Memahami Opsyen "Out of the Money" (OTM)

Memahami Opsyen

Trading saham agak mudah: anda berminat dengan suatu saham, anda pun beli dan jual saham itu pada harga pasaran semasa, dan berharap akan mendapat keuntungan. Jika anda beli sepuluh saham, anda memiliki sepuluh saham. Trading dengan cara ini juga bermakna menghasilkan keuntungan yang besar mengambil masa, kerana harga saham perlu naik dengan banyak sebelum pelaburan anda menjadi cukup menguntungkan. Dengan opsyen, anda boleh menjana lebih banyak wang dengan turun naik harga yang lebih sederhana dan pelaburan yang lebih kecil.

Terlebih dahulu, mari kita fahami asas-asas opsyen. Kemudian, kita boleh fokus pada apa yang orang maksudkan apabila mereka kata mereka "out of the money".

Apakah itu opsyen?

Apabila anda membeli opsyen, anda membayar trader lain untuk hak, tetapi bukan kewajiban, untuk membeli sejumlah saham tertentu daripada mereka pada harga tertentu, yang dikenali sebagai "harga strike", sehingga ke satu tarikh tamat tempoh tertentu.

Anda boleh melihat perkara ini sebagai satu kontrak. Setiap kontrak opsyen terdiri daripada 100 saham. Oleh itu, jika anda membeli opsyen yang dijual pada harga $1 sesaham, kontrak anda akan berharga $100, ditambah sebarang fi yang mungkin perlu dibayar. Ada opsyen untuk saham, dan ada juga opsyen untuk bon dan matawang. Ada dua jenis opsyen:

Opsyen call memberi anda hak untuk beli aset pada harga tertentu. Ia "out of the money" selagi mana suatu aset itu didagangkan di bawah harga strike.

Opsyen put membolehkan anda menjual pada harga tertentu. Ia dianggap sebagai "out of the money" selagi aset didagangkan di atas harga strike.

Opsyen "Out of the Money" (OTM), "At the Money" (ATM), dan "In the Money" (ITM)

Opsyen

Salah satu istilah yang berkaitan dengan opsyen ialah "moneyness." Ada tiga cara untuk menerangkan "moneyness" suatu opsyen:

  • Opsyen "Out of the Money (OTM)" (istilah DBP: Opsyen Tanpa Wang) adalah opsyen untuk aset yang belum mencapai harga strike. Opsyen ini tidak mempunyai nilai intrinsik dan terdiri sepenuhnya daripada nilai ekstrinsik. Ia masih belum menguntungkan lagi, jadi ia lebih berisiko dan oleh itu tidak semahal opsyen ATM dan ITM yang mempunyai tarikh luput yang sama. Lebih banyak masa yang ada sehingga tarikh tamat tempoh, lebih mahal opsyen tersebut kerana masa yang lebih banyak bermakna ada peluang lebih tinggi untuk saham tersebut mencapai harga strike. Jika opsyen itu tamat tempoh "out of the money", kontrak tersebut akan menjadi tidak berharga, dan pembeli akan kehilangan premium yang mereka bayar untuk opsyen tersebut.

  • Opsyen "At the Money" (ATM) (istilah DBP: Opsyen Pada Wang) ialah opsyen dengan harga strike yang sama dengan harga pasaran semasa. Jenis pilihan ini nyaris-nyaris memiliki nilai intrinsik, dan akan menjadi menguntungkan jika harga saham terus bergerak dalam arah yang diinginkan. Saham berkenaan mesti bergerak secukupnya untuk memampas kos yang anda bayar untuk premium.

  • Opsyen "In the Money (ITM)" (istilah DBP: Opsyen Dapat Wang) adalah opsyen untuk aset yang sudah pun melebihi harga strike. Ini mempunyai kedua-dua nilai intrinsik dan ekstrinsik dan oleh itu lebih mahal. Opsyen ITM menguntungkan apabila tamat tempoh jika anda "in the money" lebih daripada kos yang anda bayar untuk premium.

Contoh opsyen "Out of the Money" (OTM)

Jane memiliki saham syarikat X. Saham tersebut kini didagangkan pada harga $50, tetapi anda fikir ia akan meningkat naik melepasi $55 menjelang akhir minggu. Walau bagaimanapun, Jane percaya ia tidak akan mencapai harga setinggi itu pada masa itu. Oleh itu, anda meminta kepada Jane agar diberikan hak untuk membeli sahamnya pada harga $55 pada akhir minggu, tidak kira apa pun harganya yang sebenar pada waktu itu nanti. Jane sanggup memberikan hak itu kepada anda, tetapi bukan secara percuma, kerana dia sedang mengambil risiko. Dia menjual anda opsyen untuk melakukan itu dengan harga $1 sesaham, membawa kepada total $100 kesemuanya. Opsyen call ini dianggap "out of money" kerana saham itu sedang didagangkan pada harga pasaran di bawah harga strike $55.

Sekarang terdapat tiga kesudahan yang mungkin:

Anda berjaya meraih keuntungan. Misalkan, saham tersebut sedang didagangkan pada harga $60 apabila ia tamat tempoh. Opsyen out of the money anda anda kini in the money, dan anda mempunyai hak untuk beli saham Jane pada harga $55. Ini bersamaan dengan diskaun sebanyak $5 daripada harga pasaran semasa $60. Bagus sekali! Anda telah membayar $1 sesaham, jadi anda kini mempunyai keuntungan sebanyak $4 bagi setiap saham. Oleh kerana opsyen adalah kontrak bagi 100 saham, ini bermakna terdapat keuntungan sebanyak: $500 - $100 = $400. Sekiranya anda membelanjakan $100 itu untuk dua saham, anda akan mendapat keuntungan sebanyak $20.

Anda sekadar balik modal. Jika saham itu didagangkan pada harga $56 apabila ia tamat tempoh, itu adalah $1 di atas harga strike anda, atau keuntungan sebanyak $100. Walau bagaimanapun, anda telah membayar $100 untuk opsyen itu. Oleh itu, anda memperoleh $0. Anda tidak meraih sebarang keuntungan, tetapi anda juga tidak menanggung apa-apa kerugian.

Anda rugi. Jika harga saham itu didagangkan di bawah harga strike $55 anda ketika ia tamat tempoh, opsyen anda luput "out of money" dan menjadi tidak bernilai. Tiada gunanya untuk menggunakan hak anda membeli saham pada harga $55 apabila saham itu didagangkan di pasaran terbuka pada harga yang lebih rendah. Akibatnya, anda keseluruhan $100 yang anda bayar untuk premium hangus begitu sahaja. Sebaliknya, jika harga naik melebihi harga strike anda menjadi $55.5, itu adalah keuntungan sebanyak $50. Oleh kerana anda membayar $100 untuk opsyen itu, ini bermakna anda rugi sebanyak $50: $50 - $100 = -$50. Dalam kes itu, anda rugi sebahagian daripada pelaburan anda, tetapi tidak semuanya.

Contoh di atas ialah opsyen call OTM. Jika ia adalah pilihan put, harga saham perlu turun melepasi harga strike anda menjelang tarikh luput. Opsyen put dianggap "out of the money" selagi mana harga kekal di atas harga strike.

Nilai ekstrinsik

Nilai ekstrinsik

Jika suatu opsyen ITM ("In the Money") sebanyak $10, ia mempunyai nilai intrinsik sebanyak $10. Opsyen OTM, justeru itu, hanya mempunyai nilai ekstrinsik kerana harga aset berada di bawah harga strike. Penentuan harga nilai ekstrinsik opsyen akan bergantung pada beberapa faktor, tetapi kebanyakannya pada kemeruapan tersirat (implied volatility) dan masa sehingga tamat tempoh.

Saham yang cenderung lebih tidak stabil akan mengalami turun naik harga yang lebih besar, yang bermakna ada lebih banyak peluang untuk mendapatkan keuntungan. Opsyen akan menjadi lebih mahal apabila saham atau pasaran mengalami kemeruapan yang tinggi. Nilai ekstrinsik sesuatu opsyen boleh menjadi lebih mahal menjelang acara tertentu seperti laporan perolehan syarikat atau pelepasan data indikator ekonomi penting lantaran kemeruapan yang dijangka akan tercetus kerananya.

Masa sehingga tamat tempoh juga faktor yang memainkan peranan mempengaruhi harga. Sesuatu opsyen akan menjadi lebih berharga jika terdapat lebih masa sebelum ia tamat tempoh, kerana lebih banyak masa bermakna lebih banyak peluang untuk ia menjadi ITM.

Kelebihan opsyen OTM

Mengapa pula anda mahu membayar untuk opsyen berbanding membeli atau menjual saham secara biasa sahaja? Jika anda membeli satu saham pada harga $50 dan menjualnya selepas harga naik 10% kepada $55, anda akan memperoleh keuntungan sebanyak $5. Jumlah itu lebih baik daripada apa $50 yang anda ada pada permulaan contoh ini, tetapi ia tidak memberikan banyak perubahan yang bermakna kepada kehidupan anda. Anda perlu membeli lebih banyak saham untuk benar-benar memberikan impak kepada kewangan anda, seperti melaburkan $500 untuk mendapatkan $50, atau $5000 untuk mendapatkan $500. Tidak semua orang mempunyai wang lebihan sebanyak $5000 tersimpan di celah-celah kabinet. Menggunakan pilihan OTM adalah cara yang lebih murah untuk leveraj dan menggandakan keuntungan anda tanpa benar-benar memiliki saham.

Anda tidak perlu menunggu pilihan OTM menjadi ITM untuk membuat keuntungan. Semakin hampir opsyen anda menjadi "in the money", semakin mahal nilai opsyen anda. Oleh itu, anda boleh meraih keuntungan dengan menjual premium opsyen kepada pembeli opsyen lain pada harga yang lebih tinggi daripada harga yang anda telah bayar.

Opsyen memberikan anda hak tetapi bukan kewajipan untuk membeli suatu saham. Dalam erti kata ini, boleh dikatakan bahawa anda lebih dilindungi jika harga saham tersebut merosot. Katakan anda telah membeli 100 saham pada harga $50, tetapi saham itu kini sedang didagangkan pada harga $25. Pelaburan awal anda sebanyak $5000 kini hanya bernilai $2500. Jika anda sebaliknya membayar $200 untuk satu opsyen, kerugian maksimum yang anda mungkin akan tanggung ialah $200. Opsyen menarik kerana jika harga jatuh, anda tidak akan rugi lebih daripada apa yang anda bayar untuk opsyen tersebut, memandangkan anda tidak memiliki saham itu. Pilihan OTM, khususnya, menarik perhatian trader yang mencari cara yang murah untuk melindungi nilai posisi mereka melawan kejatuhan harga jangka pendek atau menjunam teruk.

Kelemahan opsyen OTM

Opsyen OTM lebih murah berbanding pilihan ITM dan ATM kerana ia memerlukan pergerakan harga yang jauh lebih besar dan masa lebih lama untuk melepasi harga strike dan menjadi menguntungkan. Ini menjadikannya lebih berisiko. Jika opsyen tamat tempoh dalam keadaan OTM, wang itu hilang selama-lamanya. Anda tidak boleh menunggu sehingga saham itu melantun seperti yang anda boleh lakukan jika anda memiliki saham itu.

Penentuan masa (timing) adalah sangat penting. Ia amat mengecewakan jika opsyen tamat tempoh "out of the money" (OTM) pada hari Jumaat, dan saham melonjak tinggi pada hari Isnin berikutnya. Time decay (reputan masa) bermaksud semakin hampir anda dengan tarikh luput, semakin rendah nilai opsyen OTM anda. Dalam erti kata lain, jika saham kekal pada harga yang sama setiap hari, opsyen itu akan menjadi kurang bernilai apabila anda semakin dekat dengan tarikh tamat tempoh.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.