Jika penembusan berlaku pada garisan trend bawah, trend seterusnya akan bersifat bearish; dan, sebaliknya, penembusan garisan trend atas menandakan permulaan trend bullish.
Walau bagaimanapun, adalah penting untuk tidak terkeliru dan menganggap pola ini sebagai pola Baji (Wedges)! Kedua-dua garisan trend ini mesti bertemu pada satu titik pada masa hadapan. Kami akan mencerakinkan perbezaan antara Segitiga Simetri dan pola-pola lain di bawah.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai pola-pola penting analisis teknikal, baca artikel FBS “15 Pola Carta Saham Paling Signifikan”.
Adakah Pola Segitiga Simetri bullish atau bearish?
Tidak seperti beberapa pola carta lain, Segitiga Simetri itu sendiri tidak memberikan signal trend bullish atau bearish. Sebaliknya, ia dianggap sebagai neutral: ia sering meneruskan trend yang sedia ada, dan arah penembusan sebenar bergantung pada sentimen pasaran. Dalam erti kata lain, pola ini tidak membantu meramalkan arah pergerakan harga, tetapi ia mewujudkan situasi untuk potensi pergerakan yang kuat ke salah satu arah.
Cara mengira sasaran harga untuk penembusan ke atas atau ke bawah daripada segitiga simetri
Untuk mengira sasaran harga, trader menggunakan kaedah yang berdasarkan ketinggian segitiga.
Pertama sekali, ukur ketinggian segitiga: tolak paras terendah pertama daripada paras tertinggi pertama. Sebagai contoh, titik tertinggi pada permulaan segitiga ialah $110, dan titik terendah ialah $100. Daripada itu, ketinggian segitiga kita adalah $10.
Kemudian kenal pasti titik penembusan menaik atau menurun (harga pada mana penembusan berlaku).
Langkah terakhir: untuk penembusan bullish, jumlahkan harga pada titik penembusan dan ketinggian segitiga kita. Sebagai contoh, penembusan berlaku pada $108 dan ketinggian segi tiga adalah $10. Dalam kes ini, sasaran harga bersamaan dengan $108 ditambah $10, iaitu $118.
Untuk penurunan bearish, tolak ketinggian daripada harga titik penurunan tersebut. Sebagai contoh, penembusan ke bawah berlaku pada harga $98 dan ketinggian segitiga adalah $10. Sasaran harga adalah $88 ($98 ditolak $10, bersamaan dengan $88).
Trader sering membuat pesanan renti rugi (stop loss) tepat di bawah titik penembusan untuk mengurangkan risiko jika penembusan gagal (dikenali sebagai "penembusan palsu").
Trade dengan yakin! Sertai FBS sekarang.