Perdagangan spekulatif membentuk sebahagian besar daripada semua faktor yang menggerakkan pasaran Forex. Ia adalah berkenaan aktiviti membeli dan menjual pasangan matawang untuk mendapatkan wang daripada turun naik harga jangka pendek. Trader spekulatif tidak memegang posisi untuk jangka masa panjang. Sebaliknya, mereka bertindak balas dengan cepat terhadap keadaaan pasaran yang berubah seperti berita terkini dan laporan ekonomi. Perdagangan spekulatif adalah satu bentuk perdagangan intrahari yang sangat pantas yang berkisar tentang usaha memburu pergerakan pantas kadar tukaran.
Memahami perdagangan spekulatif
Jika ada satu perkataan yang boleh menggambarkan perdagangan Forex, ia adalah spekulasi. Anda mungkin telah mendengar istilah ini banyak kali, sama ada dalam kehidupan seharian atau dalam konteks perdagangan. Tetapi apakah maksudnya?
Anda boleh menganggap perdagangan dan pelaburan secara kasarnya sebagai pendekatan yang pantas dan perlahan dalam bergiat di pasaran. Perdagangan adalah tentang meraih sebanyak mungkin keuntungan dalam masa yang singkat. Bunyinya kedengaran bagus, tetapi seperti semua perkara yang baik, ia pasti datang bersama dengan kelemahan: perdagangan untuk mengaut keuntungan segera sering dikaitkan dengan risiko yang lebih tinggi. Jenis perdagangan yang berisiko tinggi ini juga dipanggil perdagangan spekulatif.