FBS kini 16 tahun

Unlock ganjaran ulangtahun: gajet, kereta impian, trip VIP dan banyak lagi.Ketahui lebih lanjut
Buka akaun
Buka akaunLog masuk
Buka akaun

08 Jul 2025

Psikologi

Cara Membina Keyakinan Diri Dalam Trading

Bagaimana Cara Membina Keyakinan Dalam Trading?

Trading adalah satu pengembaraan emosi yang penuh berliku. Ramai trader bersifat reaktif. Mereka menjual sebaik sahaja mereka melihat berlaku penurunan dalam pasaran. Kita semua akan melalui waktu-waktu di mana diri kita dikuasai ketakutan, ketamakan, keraguan, dan terlalu yakin pada satu ketika. CNN malah mempunyai Indeks Ketakutan dan Ketamakan Perniagaan (Business Fear and Greed Index), yang menjejaki sentimen pasaran. Kunci untuk terus bertahan ketika semua itu terjadi adalah dengan membina keyakinan diri dan kekal berdisiplin. Itu salah satu perkara terpenting yang anda boleh lakukan sebagai seorang trader. Dalam artikel ini, kami akan menjelaskan maksud semua ini dan berkongsi beberapa petua untuk membantu anda mula trade dengan yakin.

Apakah itu keyakinan?

Keyakinan terhadap kebolehan anda untuk melakukan sesuatu datang daripada pengalaman. Lebih banyak anda berlatih bermain suatu sukan atau instrumen, minda dan badan anda akan lebih terbiasa untuk melaksana pelbagai pergerakan dan teknik. Yang dahulunya canggung dan ragu-ragu kini sudah sebati dalam diri, dilakukan dengan lancar dan tangkas tanpa perlu difikir-fikirkan lagi. Anda mengasah kemahiran anda melalui pengulangan; anda melakukan kesilapan, dan belajar daripadanya. Anda menyelami subjek tersebut, mempelajari pelbagai peraturan dan teknik. Anda bertukar-tukar idea dengan orang lain yang sefikiran dan seminat. Nah, begitulah juga fitrahnya dalam trading.

Keyakinan adalah gabungan dua perkara: kompetensi dan kepercayaan terhadap kemampuan diri anda sendiri. Anda pasti boleh menemui kejayaan jangka pendek dengan hanya salah satu daripada ciri-ciri tersebut, tetapi anda perlu mempunyai kedua-duanya untuk berurusniaga dengan pulangan yang konsisten.

Jika anda mempunyai kompetensi tetapi tidak mempercayai diri sendiri, anda akan menjadi musuh terbesar diri anda dan menghalang potensi anda sendiri. Itulah yang dipanggil mensabotaj diri sendiri. Keraguan akan menyebabkan anda menunggu terlalu lama sebelum memutuskan untuk membuka suatu urusniaga, dan anda akan terlepas masa yang terbaik untuk peluang tersebut. Keraguan dan ketakutan akan menyebabkan anda memulakan urusniaga terlalu awal, menutupnya dengan kerugian atau melepaskan potensi keuntungan. Percaya pada diri sendiri juga bermaksud mempercayai naluri anda apabila anda bertindak melawan trend: membeli pada paras terendah apabila semua orang panik menjual, dan menutup posisi apabila semua orang membeli kerana dibuai euforia pasaran.

Sebaliknya, jika anda percaya pada diri sendiri tetapi hakikatnya tidak cukup kompeten, anda akan membuat kesilapan yang mahal. Anda mungkin melabur lebih banyak daripada yang sepatutnya dengan strategi yang berisiko tinggi tanpa memahami fundamentalnya. Anda mungkin bernasib baik sebanyak beberapa kali, tetapi akhirnya, akibat buruk daripada keyakinan yang berlebihan itu akan membawa anda kembali ke alam realiti.

Mungkin mudah untuk menjana wang dalam pasaran yang bullish, dan seorang trader mungkin terkhilaf menganggap tuah sebagai satu kemahiran. Berhati-hati supaya tidak terlalu yakin selepas anda untung besar.

Berlatih membawa kepada kesempurnaan

Menggunakan akaun Demo adalah cara yang baik untuk membina keyakinan dalam trading. Berlatih dalam persekitaran yang selamat akan memberi anda peluang untuk mencuba pelbagai strategi dan membuat kesilapan tanpa menanggung akibatnya. Seperti mana-mana simulator, anda tidak akan merasakan tekanan yang sama seperti apabila anda melakukannya secara sebenar. Walau bagaimanapun, tetap sahaja ia satu cara yang baik untuk membiasakan diri dan membangunkan strategi yang berkesan untuk anda. Ia sama sahaja seperti berlatih bermain instrumen muzik, dengan latihan pergerakan anda akan terasa lebih semula jadi, lancar serta kurang teragak-agak. Semakin banyak anda berlatih, anda akan semakin bersedia untuk pelbagai senario yang lebih luas.

image_1.jpg

Setelah anda berlatih dengan akaun Demo, anda boleh beransur-ansur beralih ke live trading. Bertatih dengan langkah-langkah kecil dan melabur dalam amaun yang sedikit dapat mengelakkan anda daripada mengalami kerugian yang besar: kerugian kecil lebih mudah direlakan, dan keuntungan yang kecil-kecil hakikatnya tetap sahaja keuntungan dan ia satu langkah ke arah yang betul. Keyakinan anda akan bertambah dengan setiap urusniaga yang berjaya tatkala anda belajar untuk trade dengan betul dan mengamalkan tabiat-tabiat trading yang betul. Selepas anda menemui strategi yang sesuai untuk anda, patuhi rancangan tersebut. Anggap ini sebagai cara untuk memperbaiki pelaksanaan anda. Teruskan menggunakan pendekatan yang sama. Keyakinan anda dalam trading akan perlahan-lahan meningkat jika anda menjaga konsisten dan menjaga disiplin. Apabila pengalaman anda semakin bertambah dalam dunia nyata, anda boleh perlahan-lahan membesarkan saiz urusniaga atau terus berurusniaga dengan volum-volum yang kecil - apa sahaja yang paling sesuai untuk anda.

Kawalan emosi

Emosi adalah semula jadi, terutamanya apabila banyak wang dipertaruhkan. Matlamatnya bukanlah untuk menghapuskan emosi, tetapi untuk belajar bagaimana menguruskannya dan kekal rasional. Terima dengan jujur apa yang anda boleh dan tidak boleh kawal. Anda tidak boleh mengawal pasaran, tetapi anda boleh mengawal diri sendiri dan urusniaga anda. Berikut beberapa tips untuk melakukannya dengan betul.

Cari apa sebenarnya bakat anda

Setiap orang berbeza, jadi fokus pada konsep yang boleh anda fahami dengan mudah dan kuasainya. Pilih industri yang anda ingin fokuskan. Sebagai contoh, ia mungkin sukan, bank, teknologi, runcit, atau tenaga. Fokus pada saham tertentu. Kaji indikator ekonomi yang anda minati, persekitaran di mana indikator tersebut berkesan atau tidak berkesan, dan bangunkan strategi anda berpaksikannya. Sesetengah trader akan memfokuskan pada Forex, swing trading, atau ETF. Pilih rangka masa trading yang anda mampu kelolai. Setelah anda menemui satu pelan trading yang berkesan dan sesuai dengan anda sebagai seorang trader, teruskan menggunakannya.

Pegang teguh pelan trading anda

Mengkaji pasaran, menyelidik syarikat, dan sentiasa mengikuti berita serta laporan akan memberi anda gambaran yang lebih baik tentang arah yang ingin ditujui oleh pasaran. Sungguhpun begitu, masa depan tidak dapat diramalkan. Apa sahaja boleh berlaku. Anda membuka posisi dengan harapan ia akan bergerak dalam arah yang anda fikirkan, tetapi anda juga mesti mengembangkan strategi untuk meminimumkan kerugian jika ia tidak berlaku. Ini memerlukan disiplin dan mindset tertentu. Strategi yang konsisten, disiplin, dan mindset yang betul boleh membentuk tabiat positif yang membawa kepada trading yang efektif. Berpegang teguh pada pelan anda adalah satu cara untuk memisahkan diri anda dari aspek emosi dalam trading. Jangan obses dengan satu urusniaga yang untung atau rugi yang pernah anda buat. Terima sahaja dan kekalkan pendekatan trading yang berdisiplin, sambil memperbaiki strategi anda sambil anda meneruskan perjalanan trading anda.

Melatih keawasan

Kadangkala, anda tahu anda memiliki kemahiran dan disiplin yang diperlukan, namun ada suara dalam diri anda yang akan memberitahu anda bahawa anda tidak boleh melakukannya. Memupuk keawasan dalam diri boleh mengajar anda untuk mengenal pasti angan-angan dan pola tingkah laku yang mensabotaj dan mengehadkan diri anda sendiri dan menghindarkan diri anda daripadanya. Akui kewujudannya, fahami dari mana ia muncul, dan hadapinya. Ingatkan diri anda bahawa trading ialah sesuatu yang anda telah putuskan dan berhak lakukan, dan bahawa anda mempunyai kemahiran, pengetahuan, kesabaran, dan disiplin yang diperlukan.

Melatih keawasan

Mainkan peranan

Semua orang mempunyai bakat dalam sesuatu perkara. Rasakan perasaan yang anda alami apabila anda melakukan sesuatu yang menjadi kehandalan anda (contohnya memasak, bersukan, melukis, apa sahaja). Bayangkan diri anda semahir itu dalam trading. Dengan sikap optimis, anda sudah pun meletakkan diri anda di posisi seorang juara. Apabila anda membayangkan kejayaan, mempercayainya, kekal positif, dan tidak berputus asa, anda sedang membentuk diri anda. Jika anda menyertai mana-mana perlumbaan dengan fikiran bahawa anda tidak boleh menang, maka anda sudah pun kalah.

Sebaliknya, membayangkan urusniaga anda mengalami kerugian ketika anda belum lagi melakukannya dapat membantu anda menguruskan emosi yang akan timbul sekiranya ia benar-benar merosot. Ini juga boleh memastikan anda memeriksa dan mengesahkan kalau anda benar-benar melaburkan hanya apa yang anda rela lihat hilang.

Belajar daripada kesilapan anda

Ambil maklum tentang kesilapan anda. Fikirkan mengapa ia berlaku. Adakah anda letih, terganggu, kecewa, atau takut? Adakah ini satu kesilapan yang anda boleh elakkan, atau adakah ia disebabkan oleh kekurangan kefahaman atau pengetahuan? Nilaikan dan teruskan. Setup yang paling sempurna sekalipun tidak terlepas daripada gagal. Terima kesudahan urusniaga anda dan lihat setiap urusniaga sebagai peluang untuk belajar. Akhirnya, dalam anda terus maju ke hadapan, anda akan berhenti melakukan kesilapan yang sama. Urusniaga yang pernah menjadi aksi terbaik anda akan menjadi standard minimum anda, dan anda akan menetapkan standard yang lebih tinggi untuk dicapai. Urusniaga yang untung sekalipun adalah peluang untuk belajar. Anda boleh menjejaki urusniaga yang untung dan rugi anda untuk melihat bagaimana anda berkembang. Cuba untuk jujur sebaik mungkin dengan diri anda tentang kejayaan dan kegagalan anda.

Kesimpulan

Sebagai seorang trader, anda akan mengalami pelbagai emosi yang akan mengaburi pertimbangan anda. Anda akan melakukan kesilapan dan urusniaga yang merugikan sepanjang perjalanan anda dalam trading. Keyakinan dalam trading yang berasas bukanlah sesuatu yang dilahirkan bersama dengan anda. Ia dibina dari masa ke masa menerusi kesabaran, pengalaman, kompetensi, keyakinan diri, dan tabiat trading yang betul. Ia membantu anda kekal tenang tatkala pasaran turun naik dan meruap-ruap serta membuat keputusan dengan lebih pantas. Ingat: tiada jalan pintas. Luangkan masa untuk membina asas yang kukuh dan belajar tanpa terburu-buru. Kadangkala, ada eloknya jika anda berehat dan menutup komputer buat seketika.

Anda tidak dapat meramalkan masa hadapan, tidak kira betapa hebat ilmu anda mengenai trading. Apa yang boleh anda lakukan, bagaimanapun, adalah mengamalkan cara berfikir yang betul. Kekal positif, berlatih, dan ikut strategi yang telah difikirkan dengan masak-masak. Akui emosi anda, tetapi jangan biarkan ia menguasai anda. Pengalaman dan muhasabah diri akan memberi anda keyakinan untuk menggantikan ketakutan dan keangkuhan dengan kejernihan akal dan kawalan.

Setiap trader memulakan perjalanan mereka dari petak pertama. Sambil anda maju ke hadapan, anda akan menguasai strategi baru, menambah alat baru ke dalam toolkit anda. Seiring waktu, anda akan dapat mengendalikan pelbagai senario trading dengan yakin.

Kongsi kepada rakan-rakan:

Buka akaun FBS

Dengan mendaftar anda menerima syarat-syarat Perjanjian Pelanggan FBS dan Polisi Privasi dan menerima semua risiko yang terkandung pada operasi perdagangan di pasaran kewangan dunia.

FBS di media sosial

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon

Hubungi kami

iconhover iconiconhover iconiconhover iconiconhover icon
store iconstore icon
Dapatkan di
Google Play

Perdagangan

Syarikat

Tentang FBS

Impak sosial kami

Dokumen guaman

Berita Syarikat

FC Leicester City

Pusat Bantuan

Program Partnership

Laman web ini dioperasikan oleh FBS Markets Inc.; No. Pendaftaran 000001317; FBS Markets Inc. berdaftar dengan Financial Services Commission di bawah Securities Industry Act 2021, dengan lesen bernombor 000102/31. Alamat Pejabat: 9725, Fabers Road Extension, Unit 1, Belize City, Belize.

FBS Markets Inc. tidak menawarkan servis kewangan kepada pemastautin di negara-negara tertentu, termasuk, namun tidak terhad kepada: Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, UK, Israel, Republik Islam Iran, Myanmar.

Transaksi pembayaran diuruskan oleh HDC Technologies Ltd.; No. Pendaftaran HE 370778; Alamat didaftarkan: Arch. Makariou III & Vyronos, P. Lordos Center, Block B, Office 203, Limassol, Cyprus. Alamat tambahan: Office 267, Irene Court, Corner Rigenas and 28th October street, Agia Triada, 3035, Limassol, Cyprus.

Nombor untuk dihubungi: +357 22 010970; nombor tambahan: +501 611 0594.

Untuk bekerjasama, sila hubungi kami menerusi [email protected].

Amaran risiko: Sebelum anda mula berdagang, anda perlu memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dengan pasaran matawang dan perdagangan menggunakan margin, dan anda harus akur dengan tahap pengalaman anda.

Sebarang penyalinan, penghasilan semula dan penerbitan semula sebarang bahan dari laman web ini termasuk apa-apa sumber internetnya, dibolehkan hanya selepas mendapat keizinan bertulis sahaja.

Maklumat yang terdapat pada laman web ini bukanlah nasihat pelaburan, syor atau ajakan untuk terlibat dalam sebarang aktiviti pelaburan.